Thursday 10 July 2014

Bagaimana Untuk Menjadi Wanita Tercantik Di Dunia

Bagaimana Untuk Menjadi Wanita Tercantik Di Dunia Dengan Bertudung Syariah-Compliant?

 

 

“Tudung hanyalah kain menutup diri, tetapi rasa malu itulah penghalang hati daripada melakukan sesuatu yang dimurkai Ilahi.”

Apabila Allah SWT mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan kerana Allah SWT hendak menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita.

Diarahkan Menutup Aurat Kerana Allah Sayang!

Hukum Allah yang wajib kita taati boleh diumpamakan seperti peraturan jalan raya. Adanya lampu merah, hijau dan kuning, papan tanda dan sebagainya.
Dengan mematuhi peraturan jalan raya, tidak akan berlaku kemalangan sekaligus selamatlah perjalanan.
Begitulah dengan mematuhi hukum menutup aurat, akan membawa keselamatan dalam kehidupan. Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat.
Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi diri mereka dan merosakkan orang lain.
Begitulah rahsia Allah SWT yang Maha Penyayang apabila Dia menyuruh atau melarang sesuatu, manfaatnya pasti ada walaupun kadangkala tidak dapat dijangkau oleh fikiran manusia.
Percayalah, Allah lebih kasih akan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya.

Percayalah, Allah Lebih Tahu Apa Yang Lebih Baik Untuk Kita

menutup aurat
Apabila seorang ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukakan sesuatu yang boleh membahayakan.
Walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak.
Anak yang sedang merangkak ke tepi tangga akan ditarik oleh ibunya.
Dia akan menangis jika dihalang.. mengapa?
Fikiran anak tidak boleh menjangkau kebimbangan ibunya.
Anak hanya tahu bermain, tanpa mengetahui dan menyedari bahaya berbanding ibunya.
Begitu juga dengan larangan mendedahkan aurat, pasti ada kebaikannya.
Orang yang beriman tidak akan ragu-ragu dengan sebarang hukum daripada Allah sama ada yang wajib atau yang haram melainkan dengan berkata,

"Kami taat dan kami patuh."

Justeru itu, jika kita mengaku kita beriman, akurlah kepada setiap perintah Allah SWT itu. Dia inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat hamba-hambaNya.
Namun begitu, mengapa ada wanita terus mendedahkan aurat?
Belum tiba masanya lagikah untuk mereka merasakan kasih sayang Allah dengan perintah menutup aurat?
Bagi mereka yang belum mampu dan belum mahu walaupun telah tahu, maka carilah dorongan, peringatan dan panduan untuk  mendidik diri agar dapat melawan kedegilan nafsu bagi mematuhi perintah Allah.

Memakai Tudung Seperti Memakai Topi Keledar?

Secara mudahnya, menutup aurat bolehlah diibaratkan seperti memakai topi keledar.
Topi keledar sangat berkaitan dengan keselamatan nyawa, manakala menutup aurat berkait dengan keselamatan agama dan maruah.
Kedua-duanya ialah perkara yang sangat penting dalam Islam kerana melibatkan nyawa, agama dan maruah.
Baiklah, jika perbandingan (metafora) ini boleh diterima cuba renungkan bukankah ada kalanya topi keledar tidak dapat menyelamatkan nyawa si pemakainya?
Contoh:
Pelumba haram, pemandu laju dan cuai, semuanya memakai topi keledar. Namun seperti yang dikatakan tadi, sekadar bertopi keledar masih belum menjamin keselamatan nyawa.
Sebenarnya masih ada faktor-faktor lain yang lebih penting daripada sekadar memakai topi keledar untuk menyelamatkan nyawa apabila memandu atau membonceng motosikal.
Antaranya adalah dengan memandu secara berhati-hati, jangan terlalu laju, mematuhi peraturan jalan raya, tidak mengantuk atau tidak memandu dalam keadaan mabuk dan sebagainya.
Sekiranya peraturan ini dilanggar, tidak kira sebesar atau sekeras mana sekalipun topi keledar itu, pasti tidak akan menyelamatkan pemakainya.
Begitu juga halnya dengan tudung.
Hendak menjaga maruah dan akhlak tidak cukup dengan bertudung sahaja. Ada lagi perkara-perkara lain yang lebih penting.
Umpamanya, menjaga tingkahlaku, berhati-hati dalam tutur kata, mengawal pandangan mata dan membatasi pergaulan.
Selain itu, masa dan tempat wanita itu berada juga perlu dititikberatkan. Misalnya, jangan keluar seorang diri di tempat-tempat yang sunyi, mengaibkan dan mendedahkan diri kepada pencerobohan.

Apakah Jenis Tudung yang mencapai Piawaian?

Satu lagi yang menarik tentang topi keledar dan tudung ialah topi keledar mempunyai bermacam-macam jenis, dan tudung juga begitu.
Ada pelbagai jenis fesyen tudung. Ada yang kontot, labuh, tebal dan jarang. Warnanya juga pelbagai.
Seperti topi keledar yang mempunyai piawaianya, tudung pun begitu juga. Apakah jenis tudung yang mencapai piawaiannya?
Ya, yang mencapai tujuan semestinya yang menutup aurat! Seperti topi keledar, tujuannya melindungi kepala.

“Sayangnya, kadangkala ada topi keledar gayanya sahaja yang lebih, tetapi bahan buatannya rapuh. Terhantuk sedikit, berkecai kepala.”

Yang malangnya, ada pula topi keledar yang sudah baik, tetapi cara pemakaiannya pula tidak tepat, talinya dibiar longgar, main disarungkan sahaja.
Ini pun satu masalah juga. Kalau berlanggar, padah juga akibatnya.
Maka begitu jugalah wanita yang bertudung, kadangkala hanya sangkut pada jambul rambut manakala leher dan dada dibiarkan terdedah.
Ini bertudung, bukan menutup aurat.
Justeru, ditegaskan sekali lagi bahawa memakai tudung dan menutup aurat ini dua perkara yang berbeza. Ramai yang bertudung, tetapi tidak menutup aurat.

"Menutup aurat ada niatnya, ada konsepnya dan ada falsafahnya yang khusus. Bertudung dibuat atas dasar iman, cara dan pelaksanaannya pula mengikut syariat dan tujuan akhirnya untuk menegakkan akhlak.”

Tetapi jika sekadar memakai tudung sahaja – niat, falsafah dan tujuannya tentulah lain dan kesannya juga tentu lain.
Mungkin niatnya hendak glamour, cantik, bergaya atau menutup kekurangan pada muka dan rambut. Jesteru tidak hairan jika kini tudung telah dieksploitasi untuk ‘mendedahkan’ kecantikan diri sehingga terbabas melepasi batas-batas syariat.

Tahukah anda 14 Kelebihan Besar Bila Kita Bertudung Syariah-Compliant?

Pernahkah kita melihat saudara-saudara kita yang bertudung Syariah-Compliant? Teringinkah kita untuk kelihatan 'menyejukkan hati' disamping mendidik hati dan diri seperti mereka?
Jika berminat, Alhamdulillah. Banyak kelebihan bila bertudung Syariah-Compliant.
Berikut adalah keistimewaan bertudung Syariah-Compliant yang saya petik dari blog pendakwah bebas popular, Rusydee. Semoga sedikit sebanyak memberi semangat kita untuk bertudung mengikut syariat.

#1.

Bila kita cinta pada Allah, kita akan ikut suruhan Allah. Allah suruh kita patuh tutup aurat bila dah baligh. Jadi, pakai tudung labuh ni menepati saranan Allah.
Bukan sahaja dapat tutup aurat, tapi Allah sayang juga.

#2.

Orang selalu kata, nampak macam panas sahaja pakai tudung labuh-labuh. Berlapis-lapis. Sebenarnya tidak. Bila ditanya pada para pemakai tudung labuh, mereka menjawab langsung tidak panas seperti yang disangkakan.
Malahan, terasa nyaman sahaja dan cukup selesa. Mudah dipakai, ringkas, tidak perlu buang banyak masa pusing-pusing macam shawl dan pashmina.

#3.

Semestinya, bila kita ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala. Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula ganjaran yang Allah bagi.
Syurgalah akhirnya bila istiqamah, insyaAllah.

#4.

Sejuk mata memandang. Qurratu 'A'yun. Sejuk di mata dan di hati. Sekaligus label solehah tu ditampalkan sekali pada mereka yang bertudung sempurna.
Tidak hairan bila ada yang sampai labelkan sebagai ustazah. Mereka layak untuk itu. Sebab faham, agama Islam mesti tutup aurat. Faham ilmu agama. Jika dah faham ilmu agama, sampaikanlah. Baru real ustazah.

Pilih pakaian  yang diperbuat daripada material yang paling baik, yang tidak membuatkan kita berpeluh apabila panas, tidak longgar atau ketat sehingga mengganggu pergerakan solat.

#5.

Bila dah tutup aurat, bukan sahaja sejuk di mata kita tapi juga menjaga maksiat mata. Menjaga mata lelaki dari bertambah dosa. Lelaki pun segan nak menatap dan memerhati orang yang mereka anggap solehah.
InsyaAllah, lelaki jahat dan miang juga akan menafikan niat jahat mereka itu terhadap anda.

#6.

Ya. Siapa berani menidakkan kecantikan, keayuan, kejelitaan, kecomelan, kesopanan yang lebih terserlah bila memakai tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna?
Ini bonus tambahan yang kamu dapat bila lakukan yang Allah suruh.

#7.

Ikut kata al-Quran bererti ikut syariat Allah. Syariat Allah pula ditaati oleh Rasulullah SAW dan perlu dipatuhi oleh seluruh umatnya.
Bererti, kita bukan sahaja sudah ikut Allah, tapi ikut sunnah Nabi SAW. Tahniah.
  

#8.

Kita sentiasa mahu orang hormat kita. Tapi jika kita tak hormat diri kita dengan mendedahkan aurat, gedik, tidak jaga maruah, siapa akan hormat kita?
Jadi, bertudung Syariah-Compliant ini boleh mendidik diri supaya lebih menghormati diri sendiri. Bila diri sendiri dah dihargai dan dihormati, nescaya orang sekeliling juga akan menghormati diri kita.

#9.

Seterusnya, menyihatkan badan. Dari segi kesihatan pula, boleh melindungi diri dari sinaran terik cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit, menjaga warna kulit, mengelakkan dari debu dan kuman dan sebagainya.
Anda lebih arif dari saya dari segi kedoktoran.

#10.

Malu itu bunga iman. Dengan menutup aurat dan bertudung Syariah-Compliant, bererti kamu masih ada rasa malu terhadap Allah. Malu terhadap diri sendiri, malu terhadap masyarakat sekeliling.
Malahan malu dan bimbang Islam dimalukan kerana imej umat Islamnya yang gagal menjaga bab aurat.

#11.

Secara tak langsung, bertudung Syariah-Compliant dan berakhlak mulia insyaAllah menarik perhatian orang lain untuk mencintai Islam. Menjadi suatu cabang dakwah dengan perbuatan.
Besarnya pahala bila niat untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat sekeliling.

#12.

Mereka yang bertudung Syariah-Compliant, layak dijadikan isteri. Ciri-ciri yang sukar dicari di zaman penuh maksiat sekarang. Satu dalam seribu.
Jika dia dah terbuka hati pakai tudung labuh, bererti dia mudah menerima nasihat agama. Orang yang mudah dan rela menerima nasihat agama adalah orang yang terbaik untuk dijadikan isteri.

#13.

Tanda-tanda dan amaran awal ke arah menjadi orang yang bertaqwa. Taqwa bermaksud takut pada Allah. Dia pakai kerana takutkan Allah, bererti dia sudah punya rasa taqwa dalam diri.
Orang-orang bertaqwa disebut acapkali dalam al-Quran sebagai calon ahli Syurga.

#14.

Bukan nak tunjuk baik. Ya, bila kita pakai dengan ikhlas bermakna kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya orang yang pakai tudung Syariah-Compliant ini, kebanyakannya nak berubah untuk jadi lebih baik.
Salahkah untuk jadi orang baik?
Tidak. Orang yang memperbaiki dirilah yang dinanti-nanti oleh Allah dan Rasulullah di akhirat untuk diberikan ganjaran Raudatul Jannah ( kebun-kebun Syurga ).
Bagaimana? Berminat?
Subhanallah, sungguh banyak manfaat bagi mereka yang ingin bertudung labuh.

Bagaimana untuk menjadi wanita tercantik di Dunia?

Siapakah wanita yang paling cantik di dunia?

Wanita Solehah. Itulah yang cantik kerana kecantikan itu terletak pada budi, bukannya body.
Salah satu ciri penting wanita solehah ialah menutup aurat. Mereka bayangan bidadari syurga di dunia.
Kenyataan ini benar dan terbukti apabila saudara baru kita, Felixia Yeap terpikat untuk memeluk Islam kerana tertarik dengan cara berpakaian yang dianjurkan oleh Islam. Alhamdulillah :)
Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Bagi wanita muslimah, berbanggalah dengan identiti yang ditentukan oleh Allah SWT untukmu. Buktikan rasa bangga tersebut dengan tampil yakin menutup aurat.
Tutup aurat, InsyaAllah dunia dan akhirat selamat.
****
Rujukan:
Buku Pesan Hati Untuk Hati, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
Ustaz Rusydee (Rusydee Artz) menerusi blognya, Selamat Tinggal.Blogspot
Kredit: akuislam.com

Wednesday 18 June 2014

10 Kunci Kejayaan Di Dunia Dan Akhirat


Dalam tips motivasi kali ini saya akan berkongsi dengan anda 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat. Kata lain, faktor yang menentukan kejayaan kita. Tips ini sudah lama dalam simpanan saya, kini tibalah masanya untuk dikongsikan bersama anda.
Kadang-kadang dalam mengejar kecemerlangan, ramai antara kita terperangkat dalam ‘kepompong’ diri, maksudnya tidak tahu cara untuk melepasi self-limits atau batasan diri yang tidak ternampak oleh kita, namun di nampak oleh orang lain seperti kawan rapat kita, ahli keluarga, pensyarah, guru, atau pun sahabat kita.






Orang-orang yang mampu melintasi self limits atau batasan diri ini sebenarnya mengetahui kunci-kunci untuk membuka pintu kejayaan dunia dan akhirat.
Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memanggil apa yang saya tulis ini sebagai “Menerobos Sempadan Diri“. Buku motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dengan tajuk tersebut dah habis saya baca dan saya juga telah mempraktikkan beberapa tips motivasi yang diajarkan oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah bagi merangsang kecemerlangan diri saya.
Di bawah ini adalah senarai 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat :
1. Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.
2. Kunci kemenangan adalah sabar.
3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur.
4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa.
5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa.
6. Kunci maksiat adalah kesombongan.
7. Kunci solat adalah taharah.
8. Kunci ibadah haji adalah ihram.
9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar.
10. Kunci syurga adalah tauhid.

Monday 16 June 2014

:: jangan berdendam, kemaafan itu kekuatan::

CREDIT TO : MRTHEALLSHARED

"Maafkanlah mereka dan biarkan mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik"  (al -maa'idah :13 )

Memaafkan apabila marah menjadi pilihan dan jangan berdendam.
Tidak salah untuk marah namun harus kena pada tempatnya. Namun kita kena ingat marah itu haruslah dikawal  dan marah yang masih boleh diterima. Bahkan Rasulullah juga pernah marah. Namun ia ditunjuk dengan berdiam. Jika kita tidak mengawal marah kita akhirnya ia akan menjadi dendam dan akhirnya sifat ingin membalas perbuatan yang dilakukan.  Rasulullah ada memberi nasihat apabila salah seorang daripada kamu marah dalam keadaan berdiri maka hendaklah dia duduk. Kalu marahnya belum hilang maka hendaklah dia berbaring. (riwayat ahmad)
Proses memaafkan ini bermula dari diri sendiri kerana dalam setiap apa jua tindakan pun harus dimulai oleh diri kita , kerana kita yang mengawal minda dan hati kita setelah itu barulah kita memaafkan orang lain. Proses memaafkan ini adalah proses yang pertama kemudian proses melupakan. Proses melupakan ini yang kadang kala susah dilakukan kerana ianya memerlukan masa bagi melupakan sesuatu perkara dan ia terjadi secara perlahan-lahan. Kita mudah meninggalkan proses melupakan sebab itu terjadinya dendam. Oleh itu kita harus sentiasa muhasabah diri kita dan sentiasa memaafkan orang lain. Apabila hati penuh dengan dendam dan benci tiada sifat kemaafan tiada yang seronok dan gembira dalam diri kita. Ya, memaafkan memang susah namun kita harus ingat kadang-kadang kita ta silap dari salah dan Allah S.W.T sendiri mengampunkan hambanNya takkan kita tidak mahu memaafkan salah orang lain.
Bukan sahaja kena memaafkan kita juga haruslah pandai meminta maaf andai tahu salah kita. Ingat, lapangkan dada tenangkan hati dan kawal minda agar sentiasa positif. 

:: Adakah kita berhak? ::

Assalamualaikum..

Adakah kita  berhak?

Kenapa saya menulis entry pasal ni? Ok, kisahnya bermula semasa saya solat berjemaah di salah sebuah surau di Malaysia , apa yang terjadi? Pergerakan imam terlalu laju sehinggakan makmum dibelakang tidak terkejar. Kitaorang yang dekat belakang ni semput , terus tak khusuk. Dalam ketidak khusukan tu saya terfikir dimana hak kami sebagai jemaah , sebagai makmum untuk solat dengan tenang? Secara khusuk? Mana perginya hak dalam solat , khusuk dan tomakninah . Apabila jadi begini tomakninah dan khusuk  kami kemana dan kami kemana. 

And, actually sorry dekat korang entry ni bukan pasal imam or solat  or ape. Just nak bagi korang fikir sekejap untuk mukadimah ni. Peace . Ok, entry yang sebenar saya nak menceritakan tentang HAK . Dimana nak bagi korang berfikir apa yang berlaku.

Setiap insan kat dunia ni ada hak dia even makhluk Allah yang lain pun ada haknya . Bukan tu je, Allah menciptakan manusia ni dengan tanggungjawab dan akal fikiran. Antara tanggunjawab kita kat dunia ialah memberikan hak kepada yang berhak. Tidak kira hak kepada insan lain mahupun makhluk selainnya. Sebab, kadang-kadang dengan memberikan hak kepada  sesuatu ianya akan bagi benefits balik kat kita. Sebagai contoh, tanah apabila kita berbudi pada tanah akhirnya ianya akan memberi hasil kepada kita. Bukan tu sahaja, dengan adanya pokok dan tumbuh-tumbuhan kita dapat makanan dan oksigen.

Tapi kita kena ingat tiada pemberi hak yang lebih adil melainkan Allah S.W.T. Tapi, adakah amalan kita setanding dengan rahmat yang Allah beri? Allah tetap memberi dan terus memberi tanpa meminta balasan tapi apa yang kita buat? Apa balasan kita? 

 Sedar la wahai sahabat. Yes, memang Allah ta perlukan balasan malah kalau kita meminta banyak sekalipun dia akan memberi kerana dia suka dan sayang jika kita meminta padaNya. Hal ini jelas dinyatakan didalam surah al-Ghafir ayat 60 “ Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina” Nampak kan? Dan kadang-kadang kita ni hanya cari dan memohon pada Allah waktu kita susah sahaja namun perkara ini harus dibetulkan. Kerana apa? Kerana takut kita tergolong dalam orang-orang yang tidak bersyukur hanya meminta bila perlu. Macam mana kalau satu hari Allah ambik balik hak kita, kesenangan yang Allah dah bagi kat kita? Sebab itu kita sebagai hambaNya kena sentiasa bersyukur dan sentiasa berusaha agar kita melakukan segala amalan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah.

Muhasabah diri kita balik . 

CREDIT TO : MRTHEALLSHARED (Y)

Thursday 12 June 2014

Sejauh mana dibenar melihat aurat dalam perubatan



TUGAS seorang pengamal perubatan sungguh mulia. Membantu menyelamatkan nyawa manusia dan menghilangkan kesakitan kepada pesakit (dengan tidak dinafikan bahawa segalanya adalah ketentuan dari Allah jua).
Sesiapa yang menceburi bidang ini, sama ada doktor, jururawat atau seumpamanya adalah khusus bagi menolong kehidupan manusia sejagat. Inilah kemahiran yang sukar diperoleh. Malah untuk menjadi seorang doktor, sela masa yang lebih lama di universiti berbanding dengan profesyen lain.
Oleh kerana keistimewaan inilah tugasan yang diberikan amat besar. Justeru, tugasan ini tidak boleh diberikan kepada orang yang tidak khusus belajar mengenai hal ehwal merawat pesakit. Lebih besar lagi taklifan yang diberikan kepada para pengamal perubatan ini apabila ada di antara mereka menceburi bidang yang lebih spesifik dalam ilmu dan dunia perubatan.



Sebagai contohnya pembedahan jantung oleh pakar Jantung, hal-hal khusus sakit puan oleh pakar sakit puan. Ada yang mengambil kepakaran sakit tulang, sakit kanak-kanak, sakit berkaitan darah dan sebagainya. Pendek kata bukan calang-calang orang sahaja yang mengambil bidang yang penting ini. Ilmu Allah ini juga tidak tertakluk kepada lelaki mahupun wanita. Ianya bergantung kepada kecenderungan masing-masing dan minat yang mendalam dalam sesuatu disiplin ilmu spesifik itu.
Menjaga Batas Syariat
Tidak sihat seseorang itu boleh membawa kepada hidup tidak berkualiti. Kerja terganggu. Ibadah pun terbatas. Malah penyakit yang dialami boleh membawa maut jika tidak diurus dengan baik oleh perawat yang berkemahiran di dalam sesuatu bidang penyakit tersebut.
Namun disana timbul satu isu apabila kita sebagai seorang muslim, perlu menjaga batas syariat yang ditetapkan dalam agama seperti menjaga aurat sepanjang waktu. Aurat lelaki antara pusat dan lutut bagi masyarakat umum. Manakala aurat wanita adalah muka dan tapak tangan boleh didedahkan.
Batasan aurat ini boleh terangkat hukumnya jika berlaku darurat. Apa yang dimaksudkan darurat di sini sebagai contohnya jika wanita yang sudah sampai waktu bersalin, wajib hadir disisinya seorang pembantu yang mahir dalam selok belok kelahiran dan membantu proses berkaitan dengan kelahiran agar terjamin nyawa ibu dan anak.
Penjagaan batas aurat ini tidaklah termasuk dalam lima perkara penting tujuan diturunkan syariat (maqasid syar’iyyah); iaitu untuk menjaga agama, akal, nyawa, maruah dan harta.
Penggunaan hukum darurat bagi menjaga aurat semasa merawat ini tidak terpakai secara langsung. Cuma hukum darurat ini digunapakai secara tidak langsung apabila ketidakhadiran orang yang mahir (sama ada lelaki atau wanita) boleh mengakibatkan nyawa siibu atau sianak yang akan dilahirkan terancam.
batasan hukum penjagaan aurat
Batasan hukum penjagaan aurat dalam bidang perubatan ini boleh diletakkan sebagai rukhsah. Rukhsah bermaksud keringanan yang dibenarkan syariat atas keadaan-keadaan tertentu.
Keringanan ini juga disebut sebagai ‘takhfif’ selain rukhsah. Ia adalah bentuk kemudahan yang diberikan oleh Islam bagi setiap hamba-Nya yang berada pada keadaan tertentu. Ibnu Nujaim menyebutkan bahwa rukhsah terdiri dari beberapa jenis:
Pertama: Menggugurkan (takhfif isqath), seperti pengguguran kewajiban solat Jumaat kepada orang yang sakit kronik.
Kedua: Mengurangkan (takhfif tanqish), seperti qasar solat empat rakaat menjadi dua ketika dalam keadaan musafir; dibolehkan solat sesuai dengan kemampuan bagi seseorang yang dalam keadaan sakit dan yang lainnya.
Ketiga: Menggantikan (takhfif ibdal). Misalnya mengganti wuduk air dengan tayamum menggunakan debu diakibatkan tidak adanya air yang digunakan untuk berwuduk.
Keempat: Mendahulukan (takhfif taqdim), seperti rukhsah jamak taqdim.
Kelima: Mengakhirkan (takhfif takhir). Ini termasuklah rukhsah jamak takhir, melewatkan solat Isyak dan lain-lain.
Keenam: Meringankan (takhfif tarkhish), seperti dibolehkan minum arak jika tercekik sesuatu apabila tiada minuman lain di sekelilingnya.
Ketujuh: Mengubah (takhfif taghyir). Misalnya perubahan bentuk perbuatan solat menjadi lebih ringan ketika terjadi peperangan. [Lihat Imam Musbikin, Qawa’id al-Fiqhiyah, Jakarta: PT. Raja Grafindo Persada, 2001]
Dalam konteks yang dibincangkan ini, kehadiran perawat untuk merawat pesakit diringankan hukum melihat auratnya kerana kemahiran yang ada bagi perawat dan kemaslahatan yang timbul atas pesakit.
Jika digabungkan jenis rukhsah, takhfif tarkhish akan diguna pakai. Dengan sendiri isu perawat lelaki tidak timbul. Kehadiran perawat yang berkemahiran amat dituntut demi menjaga kemashlahatan nyawa pesakit.
Jika tidak melibatkan nyawa sekalipun seperti dalam pemeriksaan biasa, sentuhan dari perawat amat penting bagi menjamin kesinambungan penjagaan kesihatan yang berterusan. Lebih-lebih lagi perawat itu adalah lelaki yang lebih berkemahiran. Kerana aurat kemaluan wanita bukan sahaja lelaki ajnabi yang haram melihatnya, wanita pun haram melihatnya tanpa sebab yang khusus seperti berubat.
Namun dari satu sudut yang lain sifat dan naluri seorang manusia tidak boleh lari dari malu mendedahkan anggota sulit mereka kepada sesiapa sahaja. Disinilah perlunya satu etika khusus dalam berubat dan merawat. Iaitu tidak sewenangnya mengambil ruang rukhsah tersebut dalam mangambil kesempatan melihat aurat diluar dari batas yang sepatutnya.
____________________
Dr Suhazeli Abdullah ialah Pakar Perubatan Keluarga

Thursday 29 May 2014

Permohonan Kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Ambilan Jun 2014

Permohonan Kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Ambilan Jun 2014

Assalamualaikum.

Sebelum ini saya ada berkongsi iklan Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2014 yang telah pun dibuka 10 Mac 2014 di sini. Calon boleh membuat permohonan melalui Aplikasi Permohonan Program Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan ini. 

Untuk maklumat dan keterangan lanjut boleh klik pautan yang disediakan ini.

Semoga berjaya!

Saturday 24 May 2014

Mulianya Kerja Seorang Guru Itu





GAJI GURU NAIK 2012
 

Respon Orang yang TAK PUAS HATI :

1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.

HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YG
BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI
GEMBAR GEMBURKAN!!

  1. Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
  2. Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH
  3. Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
  4. Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
  5. Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
  6. Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR..
  7. Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
  8. Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
  9. Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER..
  10. Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
  11. Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI..
  12. Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
  13. Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER
  14. Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
  15. Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
  16. Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
  17. Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN
  18. Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
  19. Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER..
  20. Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
  21. Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
  22. Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
  23. Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK..
*TIME CIKGU SEDIH TIADA SIAPA YANG AMBIL PEDULI...
* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni? dialah segala-galanya !!



Copy from one of the teacher's blog ;)

Wednesday 21 May 2014

Selamat Datang ke Dunia Baru ^_^

Assalamualaikum...

Hari ni baby ni selamat dilahirkan.Satu lagi kaum adam dilahirkan ke dunia ini.Assalamualaikum Ali Imran.Mak Su sayang Ali Imran tau.. :)Nanti kita main sama-sama.Cepat pulang ^_^

Ali Imran

Friday 16 May 2014

Trend Baru Temuduga IPG

Assalamualaikum...

Nak cerita sikit,hari tu ada pegi interview untuk IPG..Untuk ujian pertama pun dah berbeza dengan dulu.Dulu pegi terus buat Medsi sekali ngan interview tapi sekarang kita kena buat ujian UKCG dulu.UKCG tu apa?
Ia adalah satu ujian untuk menguji ketahanan fiZikal kita.Ada 6 jenis kecergasan  termsuk lah bleep test.Memang susah yang tu.Semput kot.Fuhhh~


Alhamdulillah,aku lepas walaupun rasa macam tak lepas dah hari tu.Hahaha.So,aku berjaya untuk ke temuduga.Aku dapat temuduga di IPG kampus Tunku Bainun.Kat sana..Haaaa,nak cerita.Temuduga dia memang lain sesangat sangat.Tak ada temuduga individu tapi berkumpulan.Punya la aku prepare untuk individu.Tak ade?Hahhhhh.....Takpe.Aku relaa.Hahaha..Ada banya sesi untuk hari tu.Ada pukul 9,10.30 and seterusnya.Aku kena tengahhari rembang nuhh..Penat kot.Aku ditempatkan dengan semua pelajar matrikulasi untuk dalam ujian temuduga berkumpulan.Satu kumpulan ada 8 orang.First sekali bila kami masuk kami diminta untuk menyerahkan borang akuan calon dan salinan2 berkenann yang telah disahkan.Yang original punya dia minta letakkan dalam file untuk dia tengok.Okey,bila dah masuk macam biasa,kami diharuskan untuk memperkenalkan diri masing-masing dan selepas tu penemuduga tu beri kami untuk tonton satu video dan beri pendapat tentang video yang kami tonton tu.Alhamdulillah lagi,video tu ada kena mengena dengan kos yang aku ambil kat USM hari tu jadi aku boleh la jawab sedikit sebanyak tentang perkara itu.Video tu tentang satu pusat pemulihan komuniti dan OKU(orang kelainan upaya).Jadi alert la dengan perubahan-perubahan untuk pendidikan ye sekarang.Peace ;)

Gud luck untuk semua calon!


Thursday 15 May 2014

Temuduga Guru ke USM


Assalamualaikum..Okey keputusan temuduga untuk usm da kluar.So anda boley la check dekat sini.Alhamdulillah,aku pun dapat tapi bukan in health but in education.Interview dia...Emm bole tahan laaa.Hahhaha.Banyak yang bebas soalan dia tapi bnyak jugak pasal bidang yang aku ambil ni dia tanya,,Nasib la aku baca.hahah.In English session,she ask me
"Why there was a lot of women's teacher compared to men's teacher?"
Bantai giler lah aku jawab.Hahahha..Ada jugak dia tanya.
"Awak penah memimpin mana-mana event or organisasi?"
So,aku jawab semua2 event yang aku pernah handle dari menengah sampai la ke matrikulasi.Then,...Banyak lagi dia tanya sampai berkerut muka doktor tu.hahaha okey,,selamat berjaya ye untuk semua ;)
Ini Link dia   https://pohon.usm.my/