Wednesday 18 June 2014

10 Kunci Kejayaan Di Dunia Dan Akhirat


Dalam tips motivasi kali ini saya akan berkongsi dengan anda 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat. Kata lain, faktor yang menentukan kejayaan kita. Tips ini sudah lama dalam simpanan saya, kini tibalah masanya untuk dikongsikan bersama anda.
Kadang-kadang dalam mengejar kecemerlangan, ramai antara kita terperangkat dalam ‘kepompong’ diri, maksudnya tidak tahu cara untuk melepasi self-limits atau batasan diri yang tidak ternampak oleh kita, namun di nampak oleh orang lain seperti kawan rapat kita, ahli keluarga, pensyarah, guru, atau pun sahabat kita.






Orang-orang yang mampu melintasi self limits atau batasan diri ini sebenarnya mengetahui kunci-kunci untuk membuka pintu kejayaan dunia dan akhirat.
Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memanggil apa yang saya tulis ini sebagai “Menerobos Sempadan Diri“. Buku motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dengan tajuk tersebut dah habis saya baca dan saya juga telah mempraktikkan beberapa tips motivasi yang diajarkan oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah bagi merangsang kecemerlangan diri saya.
Di bawah ini adalah senarai 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat :
1. Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.
2. Kunci kemenangan adalah sabar.
3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur.
4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa.
5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa.
6. Kunci maksiat adalah kesombongan.
7. Kunci solat adalah taharah.
8. Kunci ibadah haji adalah ihram.
9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar.
10. Kunci syurga adalah tauhid.

Monday 16 June 2014

:: jangan berdendam, kemaafan itu kekuatan::

CREDIT TO : MRTHEALLSHARED

"Maafkanlah mereka dan biarkan mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik"  (al -maa'idah :13 )

Memaafkan apabila marah menjadi pilihan dan jangan berdendam.
Tidak salah untuk marah namun harus kena pada tempatnya. Namun kita kena ingat marah itu haruslah dikawal  dan marah yang masih boleh diterima. Bahkan Rasulullah juga pernah marah. Namun ia ditunjuk dengan berdiam. Jika kita tidak mengawal marah kita akhirnya ia akan menjadi dendam dan akhirnya sifat ingin membalas perbuatan yang dilakukan.  Rasulullah ada memberi nasihat apabila salah seorang daripada kamu marah dalam keadaan berdiri maka hendaklah dia duduk. Kalu marahnya belum hilang maka hendaklah dia berbaring. (riwayat ahmad)
Proses memaafkan ini bermula dari diri sendiri kerana dalam setiap apa jua tindakan pun harus dimulai oleh diri kita , kerana kita yang mengawal minda dan hati kita setelah itu barulah kita memaafkan orang lain. Proses memaafkan ini adalah proses yang pertama kemudian proses melupakan. Proses melupakan ini yang kadang kala susah dilakukan kerana ianya memerlukan masa bagi melupakan sesuatu perkara dan ia terjadi secara perlahan-lahan. Kita mudah meninggalkan proses melupakan sebab itu terjadinya dendam. Oleh itu kita harus sentiasa muhasabah diri kita dan sentiasa memaafkan orang lain. Apabila hati penuh dengan dendam dan benci tiada sifat kemaafan tiada yang seronok dan gembira dalam diri kita. Ya, memaafkan memang susah namun kita harus ingat kadang-kadang kita ta silap dari salah dan Allah S.W.T sendiri mengampunkan hambanNya takkan kita tidak mahu memaafkan salah orang lain.
Bukan sahaja kena memaafkan kita juga haruslah pandai meminta maaf andai tahu salah kita. Ingat, lapangkan dada tenangkan hati dan kawal minda agar sentiasa positif. 

:: Adakah kita berhak? ::

Assalamualaikum..

Adakah kita  berhak?

Kenapa saya menulis entry pasal ni? Ok, kisahnya bermula semasa saya solat berjemaah di salah sebuah surau di Malaysia , apa yang terjadi? Pergerakan imam terlalu laju sehinggakan makmum dibelakang tidak terkejar. Kitaorang yang dekat belakang ni semput , terus tak khusuk. Dalam ketidak khusukan tu saya terfikir dimana hak kami sebagai jemaah , sebagai makmum untuk solat dengan tenang? Secara khusuk? Mana perginya hak dalam solat , khusuk dan tomakninah . Apabila jadi begini tomakninah dan khusuk  kami kemana dan kami kemana. 

And, actually sorry dekat korang entry ni bukan pasal imam or solat  or ape. Just nak bagi korang fikir sekejap untuk mukadimah ni. Peace . Ok, entry yang sebenar saya nak menceritakan tentang HAK . Dimana nak bagi korang berfikir apa yang berlaku.

Setiap insan kat dunia ni ada hak dia even makhluk Allah yang lain pun ada haknya . Bukan tu je, Allah menciptakan manusia ni dengan tanggungjawab dan akal fikiran. Antara tanggunjawab kita kat dunia ialah memberikan hak kepada yang berhak. Tidak kira hak kepada insan lain mahupun makhluk selainnya. Sebab, kadang-kadang dengan memberikan hak kepada  sesuatu ianya akan bagi benefits balik kat kita. Sebagai contoh, tanah apabila kita berbudi pada tanah akhirnya ianya akan memberi hasil kepada kita. Bukan tu sahaja, dengan adanya pokok dan tumbuh-tumbuhan kita dapat makanan dan oksigen.

Tapi kita kena ingat tiada pemberi hak yang lebih adil melainkan Allah S.W.T. Tapi, adakah amalan kita setanding dengan rahmat yang Allah beri? Allah tetap memberi dan terus memberi tanpa meminta balasan tapi apa yang kita buat? Apa balasan kita? 

 Sedar la wahai sahabat. Yes, memang Allah ta perlukan balasan malah kalau kita meminta banyak sekalipun dia akan memberi kerana dia suka dan sayang jika kita meminta padaNya. Hal ini jelas dinyatakan didalam surah al-Ghafir ayat 60 “ Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina” Nampak kan? Dan kadang-kadang kita ni hanya cari dan memohon pada Allah waktu kita susah sahaja namun perkara ini harus dibetulkan. Kerana apa? Kerana takut kita tergolong dalam orang-orang yang tidak bersyukur hanya meminta bila perlu. Macam mana kalau satu hari Allah ambik balik hak kita, kesenangan yang Allah dah bagi kat kita? Sebab itu kita sebagai hambaNya kena sentiasa bersyukur dan sentiasa berusaha agar kita melakukan segala amalan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah.

Muhasabah diri kita balik . 

CREDIT TO : MRTHEALLSHARED (Y)

Thursday 12 June 2014

Sejauh mana dibenar melihat aurat dalam perubatan



TUGAS seorang pengamal perubatan sungguh mulia. Membantu menyelamatkan nyawa manusia dan menghilangkan kesakitan kepada pesakit (dengan tidak dinafikan bahawa segalanya adalah ketentuan dari Allah jua).
Sesiapa yang menceburi bidang ini, sama ada doktor, jururawat atau seumpamanya adalah khusus bagi menolong kehidupan manusia sejagat. Inilah kemahiran yang sukar diperoleh. Malah untuk menjadi seorang doktor, sela masa yang lebih lama di universiti berbanding dengan profesyen lain.
Oleh kerana keistimewaan inilah tugasan yang diberikan amat besar. Justeru, tugasan ini tidak boleh diberikan kepada orang yang tidak khusus belajar mengenai hal ehwal merawat pesakit. Lebih besar lagi taklifan yang diberikan kepada para pengamal perubatan ini apabila ada di antara mereka menceburi bidang yang lebih spesifik dalam ilmu dan dunia perubatan.



Sebagai contohnya pembedahan jantung oleh pakar Jantung, hal-hal khusus sakit puan oleh pakar sakit puan. Ada yang mengambil kepakaran sakit tulang, sakit kanak-kanak, sakit berkaitan darah dan sebagainya. Pendek kata bukan calang-calang orang sahaja yang mengambil bidang yang penting ini. Ilmu Allah ini juga tidak tertakluk kepada lelaki mahupun wanita. Ianya bergantung kepada kecenderungan masing-masing dan minat yang mendalam dalam sesuatu disiplin ilmu spesifik itu.
Menjaga Batas Syariat
Tidak sihat seseorang itu boleh membawa kepada hidup tidak berkualiti. Kerja terganggu. Ibadah pun terbatas. Malah penyakit yang dialami boleh membawa maut jika tidak diurus dengan baik oleh perawat yang berkemahiran di dalam sesuatu bidang penyakit tersebut.
Namun disana timbul satu isu apabila kita sebagai seorang muslim, perlu menjaga batas syariat yang ditetapkan dalam agama seperti menjaga aurat sepanjang waktu. Aurat lelaki antara pusat dan lutut bagi masyarakat umum. Manakala aurat wanita adalah muka dan tapak tangan boleh didedahkan.
Batasan aurat ini boleh terangkat hukumnya jika berlaku darurat. Apa yang dimaksudkan darurat di sini sebagai contohnya jika wanita yang sudah sampai waktu bersalin, wajib hadir disisinya seorang pembantu yang mahir dalam selok belok kelahiran dan membantu proses berkaitan dengan kelahiran agar terjamin nyawa ibu dan anak.
Penjagaan batas aurat ini tidaklah termasuk dalam lima perkara penting tujuan diturunkan syariat (maqasid syar’iyyah); iaitu untuk menjaga agama, akal, nyawa, maruah dan harta.
Penggunaan hukum darurat bagi menjaga aurat semasa merawat ini tidak terpakai secara langsung. Cuma hukum darurat ini digunapakai secara tidak langsung apabila ketidakhadiran orang yang mahir (sama ada lelaki atau wanita) boleh mengakibatkan nyawa siibu atau sianak yang akan dilahirkan terancam.
batasan hukum penjagaan aurat
Batasan hukum penjagaan aurat dalam bidang perubatan ini boleh diletakkan sebagai rukhsah. Rukhsah bermaksud keringanan yang dibenarkan syariat atas keadaan-keadaan tertentu.
Keringanan ini juga disebut sebagai ‘takhfif’ selain rukhsah. Ia adalah bentuk kemudahan yang diberikan oleh Islam bagi setiap hamba-Nya yang berada pada keadaan tertentu. Ibnu Nujaim menyebutkan bahwa rukhsah terdiri dari beberapa jenis:
Pertama: Menggugurkan (takhfif isqath), seperti pengguguran kewajiban solat Jumaat kepada orang yang sakit kronik.
Kedua: Mengurangkan (takhfif tanqish), seperti qasar solat empat rakaat menjadi dua ketika dalam keadaan musafir; dibolehkan solat sesuai dengan kemampuan bagi seseorang yang dalam keadaan sakit dan yang lainnya.
Ketiga: Menggantikan (takhfif ibdal). Misalnya mengganti wuduk air dengan tayamum menggunakan debu diakibatkan tidak adanya air yang digunakan untuk berwuduk.
Keempat: Mendahulukan (takhfif taqdim), seperti rukhsah jamak taqdim.
Kelima: Mengakhirkan (takhfif takhir). Ini termasuklah rukhsah jamak takhir, melewatkan solat Isyak dan lain-lain.
Keenam: Meringankan (takhfif tarkhish), seperti dibolehkan minum arak jika tercekik sesuatu apabila tiada minuman lain di sekelilingnya.
Ketujuh: Mengubah (takhfif taghyir). Misalnya perubahan bentuk perbuatan solat menjadi lebih ringan ketika terjadi peperangan. [Lihat Imam Musbikin, Qawa’id al-Fiqhiyah, Jakarta: PT. Raja Grafindo Persada, 2001]
Dalam konteks yang dibincangkan ini, kehadiran perawat untuk merawat pesakit diringankan hukum melihat auratnya kerana kemahiran yang ada bagi perawat dan kemaslahatan yang timbul atas pesakit.
Jika digabungkan jenis rukhsah, takhfif tarkhish akan diguna pakai. Dengan sendiri isu perawat lelaki tidak timbul. Kehadiran perawat yang berkemahiran amat dituntut demi menjaga kemashlahatan nyawa pesakit.
Jika tidak melibatkan nyawa sekalipun seperti dalam pemeriksaan biasa, sentuhan dari perawat amat penting bagi menjamin kesinambungan penjagaan kesihatan yang berterusan. Lebih-lebih lagi perawat itu adalah lelaki yang lebih berkemahiran. Kerana aurat kemaluan wanita bukan sahaja lelaki ajnabi yang haram melihatnya, wanita pun haram melihatnya tanpa sebab yang khusus seperti berubat.
Namun dari satu sudut yang lain sifat dan naluri seorang manusia tidak boleh lari dari malu mendedahkan anggota sulit mereka kepada sesiapa sahaja. Disinilah perlunya satu etika khusus dalam berubat dan merawat. Iaitu tidak sewenangnya mengambil ruang rukhsah tersebut dalam mangambil kesempatan melihat aurat diluar dari batas yang sepatutnya.
____________________
Dr Suhazeli Abdullah ialah Pakar Perubatan Keluarga