Monday 22 February 2016

JODOH ADALAH CERMINAN DIRI KITA



Perkongsian dari Seorg Ukhti..sangat deep..

Teringat pertanyaan seorang kakak Mesir,

" ukhti will you marry you ? "

Pertamanya, saya agak blur.

Kemudian dia berkata lagi,
" Maksud saya, kalau ada seorang lelaki yang MENCERMINKAN Sifat Diri yg SAMA seperti ukhti, ukhti sudi ? "

Ok terkesan.

Saya membayangkan.

Andai saya seorang yang malas, wajar ke saya menolak lelaki yang juga malas ? Sedang diri saya jua begitu.

Andai saya yang suka melayan lelaki, wajar ke saya mengadu domba andai Allah takdirkan saya punya pasangan seperti itu sedang diri saya jua begitu ?

Andai saya seorang anak yang derhaka, wajarkah saya menolak dan mengatakan Allah tidak adil beri saya lelaki yang tiada adab dengan orang tua, walhal diri saya jua begitu ?

Andai saya seorang kaki umpat, dan mulut jahat, wajarkah saya kata pasangan saya jahat, kaki kutuk. Walhal diri saya dan dia tiada bezanya ?

Cuba listkan keburukan-keburukan kita dalam hati.

Then muhasabah.

Kenapa kita selalu sibuk MENCARI YG BAIK bukan nak MENJADI BAIK ?

Kamu, kamu yang sedang membaca ni..
       "Will You Marry You ?"

Just say YES or NO dalam lubuk hati yang paling dalam.

Wednesday 17 February 2016

SALAH KE PERIGI CARI TIMBA?



...Biarlah aku menjadi Siti Khadijah untukmu...
Wanita yang lambat berumah tangga sering dipandang negatif. Kemudian hati yang gundah itu pula terikat dengan peribahasa lama, ‘masakan perigi mencari timba’. Kadangkala sebagai wanita, ada perkara yang perlu kita abaikan untuk membawa perubahan. Perigi boleh mencari timba. Asalkan timba yang dicari itu sesuai semua hukum syaraknya. 
Perlu Usaha dan Doa
Kalau dilihat dari sudut sejarah atau Sirah Rasulullah s.a.w, ternyata isteri baginda yang pertama, Saidatina Khadijah yang terlebih dahulu meminang baginda melalui perantaraan orang kepercayaan beliau, Maisarah. Memang Khadijah wanita hebat yang ditentukan Allah SWT yang terbukti menjadi tiang sokong kepada perjuangan dakwah yang agung.
Pengorbanan Khadijah tiada tolok bandingnya. Sebagai seorang yang matang dan jauh lebih berpengalaman, Khadijah dapat menilai yang mana kaca, yang mana permata! 
Iktibar yang perlu diambil dari kisah cinta Khadijah dan Muhammad SAW, sekiranya seorang wanita mempunyai keyakinan dan kekentalan semangat, positif melihat dirinya sebagai seorang insan yang punya banyak potensi dan sumbangan untuk masyarakat, tidak salah baginya memilih secara tegas calon suami yang bakal melayari hidup bersama untuk merealisasikan impian dan hasrat mulianya.
Apa yang boleh diteladani dari kisah Khadijah ini, seorang wanita tidak hanya berserah kepada takdir bagi menunggu jodohnya datang menggolek. Usaha mestilah ada – merangkumi doa yang tidak pernah jemu serta pengharapan kepada kerahmatan serta belas kasihan Allah menjadi sandaran dan sokongan.
Beri Kepercayaan Pada Ibu dan Ayah
Namun persoalannya hari ini, tidak banyak cara dan ruang dalam masyarakat kita untuk seorang wanita membuka langkah berani sebegitu rupa. Apatah lagi, kalau yang dilamar menolak pula pinangan kita. Tidakkah haru biru jadinya? Di mana hendak disorokkan wajah yang hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong ini.
Tidak hairanlah sekiranya ramai di antara wanita berkerjaya yang sudah agak lewat usia, memilih untuk terus membujang dari menanggung risiko bimbang akan melalui pengalaman pahit ini. Di sini peranan ibu bapa sepatutnya dimainkan. Ibu bapa juga bertanggungjawab dalam menguruskan jodoh anak-anak gadis mereka. Kepada anak-anak pula haruslah mempercayai ibu bapa dalam memilihkan jodoh yang sesuai dengan mereka.
Jika ibu bapa memainkan peranan menjadi orang tengah dalam urusan jodoh anak-anak mereka, tidak timbul tanggapan negatif mengenai perigi mencari timba. Kadangkala tanggapan orang seperti ini harus ditangani dengan sabar dan wajah penuh senyuman. Tidak semua orang berada dalam kasut yang sama.
Secara amnya, tanggungjawab dalam mencari jodoh bukanlah terletak pada si gadis semata-mata. Jikapun dia telah bertemu dengan pilihan hatinya, ibu bapa juga harus turut mengetahui tentang asal-usul si lelaki agar tidak ada yang menyesal di kemudian hari. Sesungguhnya, jodoh, ajal dan maut itu sudah ditentukan Allah SWT. Namun, usaha kita juga perlu dalam mengharungi perjalanan mencari cinta sejati. InsyaAllah.

#bercintaselepasNIKAHfacebook

Friday 29 January 2016

MENGAPA PERLU MENGASIHI KUCING?





Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala Rasulullah hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya.

Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Rasulullahi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, Rasulullah menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

JUM SAYANG KUCING.
RASULULLAH S.A.W SAYANG KUCING. ❤

Sunday 10 January 2016

KERANA AGAMA ITU MAHAL

Seorang sahabat Rasulullah S.A.W A'laq Radi Allahu 'anha.Umur lebih kurang 10 tahun.
Suatu hari bila dia pergi masjid,dia nampak semua orang pegang tangan ayah masing-masing tapi dia tak ada ayah nak pegang tangan dia pergi masjid.Dia pun balik rumah tanya mak dia
"Mak,mana ayah saya?"
Mak dia tak dapat nak jawab.Mak A'laq menangis dan Mak A'laq Radi Allahu 'anha mnyuruh dia berjumpa dan bertanya kepada Rasulullah S.A.W.
Dia punbertanya kepada Rasulullah S.A.W.

"Ya Rasulullah mana ayah saya?"

Jawab Rasulullah S.A.W

"Wahai A'laq ssungguhnya ayah kamu telah syahid di jalan Allah dan menunggu kamu di PINTU syurga."

A'laq gembira sebab ayahnya meninggal disebabkan agama.Pada suatu hari,ada perjuangan untuk bersama nabi.A'laq meminta izin nabi S.A.W tapi nabi S.A.W tak terima sebab dia ada mak.Rasulullah S.A.W menyuruh A'laq bertanya kepada ibunya.

"Mak,saya nak ikut pergi berjuang bersama nabi S.A.W."

Mak dia berkata.

"Wahai A'laq,dulu ayah kamu berjuang di jalan Allah dan berjihad.Ayah kamu telah syahid di jalan Allah S.W.T .Masa tu mak mengandungkan kamu 3 bulan dan mak besarkan kamu tak kahwin dengan orang lain,besarkan kamu sehingga hari ini.Bila kamu ingin berjuang macam ayah kamu,mak ada kamu,mak tak ada orang lain."

Maka waktu tu dia nak pergi.

"Wahai anakku,tiada perkara yang lebih mahal daripada agama ini."

Maka anaknya pun pergi berjuang bersama nabi S.A.W.Nabi jaga anak-anak ini tak cedera.

Apa yang telah jadi.Satu orang telah lembing baginda Rasulullah S.A.W.
A'laq dia melompat dan dia tahan lembing tu dan lembing tu kena kat jantung dia.Dia jatuh di kaki nabi S.A.W.

Maka nabi berkata.

"Wahai anakku,bagaimana keadaan kamu?"

Kata A'laq.

"Wahai Rasulullah S.A.W , sampaikan salam pada mak saya.Beritahu pada mak yang saya dan ayah menanti dia di pintu Syurga."

Bila nabi S.A.W balik daripada perjuangan,antara orang yang tunggu nabi S.A.W ialah umi A'laq Radi Allahu 'anha.

Umi A'laq pegang kaki unta nabi S.A.W dan berkata.

"Ya Rasulullah,mana anak saya?"

Rasulullah dalam keadaan menangis dan tak mampu jawab.

"A'laq sampaikan salam kepada kamu dan dia dan suami kamu menanti kamu di pintu syurga."

Bila dengar ni,umi A'laq daripada berdiri lemah lutut dengar anak dia dah tak ada tapi dia gembira demi agama ini.Dia tahu kehidupan di dunia ini ada syurga yang menanti.Lututnya terhentak ke tanah dan ditakdirkan Allah S.W.T dia meninggal dunia.Satu keluarga meninggal demi agama.


Jagalah agama kita kerana AGAMA nak sampai kepada kita amat lah mahal.







Thursday 10 July 2014

Bagaimana Untuk Menjadi Wanita Tercantik Di Dunia

Bagaimana Untuk Menjadi Wanita Tercantik Di Dunia Dengan Bertudung Syariah-Compliant?

 

 

“Tudung hanyalah kain menutup diri, tetapi rasa malu itulah penghalang hati daripada melakukan sesuatu yang dimurkai Ilahi.”

Apabila Allah SWT mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan kerana Allah SWT hendak menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita.

Diarahkan Menutup Aurat Kerana Allah Sayang!

Hukum Allah yang wajib kita taati boleh diumpamakan seperti peraturan jalan raya. Adanya lampu merah, hijau dan kuning, papan tanda dan sebagainya.
Dengan mematuhi peraturan jalan raya, tidak akan berlaku kemalangan sekaligus selamatlah perjalanan.
Begitulah dengan mematuhi hukum menutup aurat, akan membawa keselamatan dalam kehidupan. Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat.
Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi diri mereka dan merosakkan orang lain.
Begitulah rahsia Allah SWT yang Maha Penyayang apabila Dia menyuruh atau melarang sesuatu, manfaatnya pasti ada walaupun kadangkala tidak dapat dijangkau oleh fikiran manusia.
Percayalah, Allah lebih kasih akan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya.

Percayalah, Allah Lebih Tahu Apa Yang Lebih Baik Untuk Kita

menutup aurat
Apabila seorang ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukakan sesuatu yang boleh membahayakan.
Walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak.
Anak yang sedang merangkak ke tepi tangga akan ditarik oleh ibunya.
Dia akan menangis jika dihalang.. mengapa?
Fikiran anak tidak boleh menjangkau kebimbangan ibunya.
Anak hanya tahu bermain, tanpa mengetahui dan menyedari bahaya berbanding ibunya.
Begitu juga dengan larangan mendedahkan aurat, pasti ada kebaikannya.
Orang yang beriman tidak akan ragu-ragu dengan sebarang hukum daripada Allah sama ada yang wajib atau yang haram melainkan dengan berkata,

"Kami taat dan kami patuh."

Justeru itu, jika kita mengaku kita beriman, akurlah kepada setiap perintah Allah SWT itu. Dia inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat hamba-hambaNya.
Namun begitu, mengapa ada wanita terus mendedahkan aurat?
Belum tiba masanya lagikah untuk mereka merasakan kasih sayang Allah dengan perintah menutup aurat?
Bagi mereka yang belum mampu dan belum mahu walaupun telah tahu, maka carilah dorongan, peringatan dan panduan untuk  mendidik diri agar dapat melawan kedegilan nafsu bagi mematuhi perintah Allah.

Memakai Tudung Seperti Memakai Topi Keledar?

Secara mudahnya, menutup aurat bolehlah diibaratkan seperti memakai topi keledar.
Topi keledar sangat berkaitan dengan keselamatan nyawa, manakala menutup aurat berkait dengan keselamatan agama dan maruah.
Kedua-duanya ialah perkara yang sangat penting dalam Islam kerana melibatkan nyawa, agama dan maruah.
Baiklah, jika perbandingan (metafora) ini boleh diterima cuba renungkan bukankah ada kalanya topi keledar tidak dapat menyelamatkan nyawa si pemakainya?
Contoh:
Pelumba haram, pemandu laju dan cuai, semuanya memakai topi keledar. Namun seperti yang dikatakan tadi, sekadar bertopi keledar masih belum menjamin keselamatan nyawa.
Sebenarnya masih ada faktor-faktor lain yang lebih penting daripada sekadar memakai topi keledar untuk menyelamatkan nyawa apabila memandu atau membonceng motosikal.
Antaranya adalah dengan memandu secara berhati-hati, jangan terlalu laju, mematuhi peraturan jalan raya, tidak mengantuk atau tidak memandu dalam keadaan mabuk dan sebagainya.
Sekiranya peraturan ini dilanggar, tidak kira sebesar atau sekeras mana sekalipun topi keledar itu, pasti tidak akan menyelamatkan pemakainya.
Begitu juga halnya dengan tudung.
Hendak menjaga maruah dan akhlak tidak cukup dengan bertudung sahaja. Ada lagi perkara-perkara lain yang lebih penting.
Umpamanya, menjaga tingkahlaku, berhati-hati dalam tutur kata, mengawal pandangan mata dan membatasi pergaulan.
Selain itu, masa dan tempat wanita itu berada juga perlu dititikberatkan. Misalnya, jangan keluar seorang diri di tempat-tempat yang sunyi, mengaibkan dan mendedahkan diri kepada pencerobohan.

Apakah Jenis Tudung yang mencapai Piawaian?

Satu lagi yang menarik tentang topi keledar dan tudung ialah topi keledar mempunyai bermacam-macam jenis, dan tudung juga begitu.
Ada pelbagai jenis fesyen tudung. Ada yang kontot, labuh, tebal dan jarang. Warnanya juga pelbagai.
Seperti topi keledar yang mempunyai piawaianya, tudung pun begitu juga. Apakah jenis tudung yang mencapai piawaiannya?
Ya, yang mencapai tujuan semestinya yang menutup aurat! Seperti topi keledar, tujuannya melindungi kepala.

“Sayangnya, kadangkala ada topi keledar gayanya sahaja yang lebih, tetapi bahan buatannya rapuh. Terhantuk sedikit, berkecai kepala.”

Yang malangnya, ada pula topi keledar yang sudah baik, tetapi cara pemakaiannya pula tidak tepat, talinya dibiar longgar, main disarungkan sahaja.
Ini pun satu masalah juga. Kalau berlanggar, padah juga akibatnya.
Maka begitu jugalah wanita yang bertudung, kadangkala hanya sangkut pada jambul rambut manakala leher dan dada dibiarkan terdedah.
Ini bertudung, bukan menutup aurat.
Justeru, ditegaskan sekali lagi bahawa memakai tudung dan menutup aurat ini dua perkara yang berbeza. Ramai yang bertudung, tetapi tidak menutup aurat.

"Menutup aurat ada niatnya, ada konsepnya dan ada falsafahnya yang khusus. Bertudung dibuat atas dasar iman, cara dan pelaksanaannya pula mengikut syariat dan tujuan akhirnya untuk menegakkan akhlak.”

Tetapi jika sekadar memakai tudung sahaja – niat, falsafah dan tujuannya tentulah lain dan kesannya juga tentu lain.
Mungkin niatnya hendak glamour, cantik, bergaya atau menutup kekurangan pada muka dan rambut. Jesteru tidak hairan jika kini tudung telah dieksploitasi untuk ‘mendedahkan’ kecantikan diri sehingga terbabas melepasi batas-batas syariat.

Tahukah anda 14 Kelebihan Besar Bila Kita Bertudung Syariah-Compliant?

Pernahkah kita melihat saudara-saudara kita yang bertudung Syariah-Compliant? Teringinkah kita untuk kelihatan 'menyejukkan hati' disamping mendidik hati dan diri seperti mereka?
Jika berminat, Alhamdulillah. Banyak kelebihan bila bertudung Syariah-Compliant.
Berikut adalah keistimewaan bertudung Syariah-Compliant yang saya petik dari blog pendakwah bebas popular, Rusydee. Semoga sedikit sebanyak memberi semangat kita untuk bertudung mengikut syariat.

#1.

Bila kita cinta pada Allah, kita akan ikut suruhan Allah. Allah suruh kita patuh tutup aurat bila dah baligh. Jadi, pakai tudung labuh ni menepati saranan Allah.
Bukan sahaja dapat tutup aurat, tapi Allah sayang juga.

#2.

Orang selalu kata, nampak macam panas sahaja pakai tudung labuh-labuh. Berlapis-lapis. Sebenarnya tidak. Bila ditanya pada para pemakai tudung labuh, mereka menjawab langsung tidak panas seperti yang disangkakan.
Malahan, terasa nyaman sahaja dan cukup selesa. Mudah dipakai, ringkas, tidak perlu buang banyak masa pusing-pusing macam shawl dan pashmina.

#3.

Semestinya, bila kita ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala. Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula ganjaran yang Allah bagi.
Syurgalah akhirnya bila istiqamah, insyaAllah.

#4.

Sejuk mata memandang. Qurratu 'A'yun. Sejuk di mata dan di hati. Sekaligus label solehah tu ditampalkan sekali pada mereka yang bertudung sempurna.
Tidak hairan bila ada yang sampai labelkan sebagai ustazah. Mereka layak untuk itu. Sebab faham, agama Islam mesti tutup aurat. Faham ilmu agama. Jika dah faham ilmu agama, sampaikanlah. Baru real ustazah.

Pilih pakaian  yang diperbuat daripada material yang paling baik, yang tidak membuatkan kita berpeluh apabila panas, tidak longgar atau ketat sehingga mengganggu pergerakan solat.

#5.

Bila dah tutup aurat, bukan sahaja sejuk di mata kita tapi juga menjaga maksiat mata. Menjaga mata lelaki dari bertambah dosa. Lelaki pun segan nak menatap dan memerhati orang yang mereka anggap solehah.
InsyaAllah, lelaki jahat dan miang juga akan menafikan niat jahat mereka itu terhadap anda.

#6.

Ya. Siapa berani menidakkan kecantikan, keayuan, kejelitaan, kecomelan, kesopanan yang lebih terserlah bila memakai tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna?
Ini bonus tambahan yang kamu dapat bila lakukan yang Allah suruh.

#7.

Ikut kata al-Quran bererti ikut syariat Allah. Syariat Allah pula ditaati oleh Rasulullah SAW dan perlu dipatuhi oleh seluruh umatnya.
Bererti, kita bukan sahaja sudah ikut Allah, tapi ikut sunnah Nabi SAW. Tahniah.
  

#8.

Kita sentiasa mahu orang hormat kita. Tapi jika kita tak hormat diri kita dengan mendedahkan aurat, gedik, tidak jaga maruah, siapa akan hormat kita?
Jadi, bertudung Syariah-Compliant ini boleh mendidik diri supaya lebih menghormati diri sendiri. Bila diri sendiri dah dihargai dan dihormati, nescaya orang sekeliling juga akan menghormati diri kita.

#9.

Seterusnya, menyihatkan badan. Dari segi kesihatan pula, boleh melindungi diri dari sinaran terik cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit, menjaga warna kulit, mengelakkan dari debu dan kuman dan sebagainya.
Anda lebih arif dari saya dari segi kedoktoran.

#10.

Malu itu bunga iman. Dengan menutup aurat dan bertudung Syariah-Compliant, bererti kamu masih ada rasa malu terhadap Allah. Malu terhadap diri sendiri, malu terhadap masyarakat sekeliling.
Malahan malu dan bimbang Islam dimalukan kerana imej umat Islamnya yang gagal menjaga bab aurat.

#11.

Secara tak langsung, bertudung Syariah-Compliant dan berakhlak mulia insyaAllah menarik perhatian orang lain untuk mencintai Islam. Menjadi suatu cabang dakwah dengan perbuatan.
Besarnya pahala bila niat untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat sekeliling.

#12.

Mereka yang bertudung Syariah-Compliant, layak dijadikan isteri. Ciri-ciri yang sukar dicari di zaman penuh maksiat sekarang. Satu dalam seribu.
Jika dia dah terbuka hati pakai tudung labuh, bererti dia mudah menerima nasihat agama. Orang yang mudah dan rela menerima nasihat agama adalah orang yang terbaik untuk dijadikan isteri.

#13.

Tanda-tanda dan amaran awal ke arah menjadi orang yang bertaqwa. Taqwa bermaksud takut pada Allah. Dia pakai kerana takutkan Allah, bererti dia sudah punya rasa taqwa dalam diri.
Orang-orang bertaqwa disebut acapkali dalam al-Quran sebagai calon ahli Syurga.

#14.

Bukan nak tunjuk baik. Ya, bila kita pakai dengan ikhlas bermakna kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya orang yang pakai tudung Syariah-Compliant ini, kebanyakannya nak berubah untuk jadi lebih baik.
Salahkah untuk jadi orang baik?
Tidak. Orang yang memperbaiki dirilah yang dinanti-nanti oleh Allah dan Rasulullah di akhirat untuk diberikan ganjaran Raudatul Jannah ( kebun-kebun Syurga ).
Bagaimana? Berminat?
Subhanallah, sungguh banyak manfaat bagi mereka yang ingin bertudung labuh.

Bagaimana untuk menjadi wanita tercantik di Dunia?

Siapakah wanita yang paling cantik di dunia?

Wanita Solehah. Itulah yang cantik kerana kecantikan itu terletak pada budi, bukannya body.
Salah satu ciri penting wanita solehah ialah menutup aurat. Mereka bayangan bidadari syurga di dunia.
Kenyataan ini benar dan terbukti apabila saudara baru kita, Felixia Yeap terpikat untuk memeluk Islam kerana tertarik dengan cara berpakaian yang dianjurkan oleh Islam. Alhamdulillah :)
Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Bagi wanita muslimah, berbanggalah dengan identiti yang ditentukan oleh Allah SWT untukmu. Buktikan rasa bangga tersebut dengan tampil yakin menutup aurat.
Tutup aurat, InsyaAllah dunia dan akhirat selamat.
****
Rujukan:
Buku Pesan Hati Untuk Hati, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
Ustaz Rusydee (Rusydee Artz) menerusi blognya, Selamat Tinggal.Blogspot
Kredit: akuislam.com

Wednesday 18 June 2014

10 Kunci Kejayaan Di Dunia Dan Akhirat


Dalam tips motivasi kali ini saya akan berkongsi dengan anda 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat. Kata lain, faktor yang menentukan kejayaan kita. Tips ini sudah lama dalam simpanan saya, kini tibalah masanya untuk dikongsikan bersama anda.
Kadang-kadang dalam mengejar kecemerlangan, ramai antara kita terperangkat dalam ‘kepompong’ diri, maksudnya tidak tahu cara untuk melepasi self-limits atau batasan diri yang tidak ternampak oleh kita, namun di nampak oleh orang lain seperti kawan rapat kita, ahli keluarga, pensyarah, guru, atau pun sahabat kita.






Orang-orang yang mampu melintasi self limits atau batasan diri ini sebenarnya mengetahui kunci-kunci untuk membuka pintu kejayaan dunia dan akhirat.
Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memanggil apa yang saya tulis ini sebagai “Menerobos Sempadan Diri“. Buku motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dengan tajuk tersebut dah habis saya baca dan saya juga telah mempraktikkan beberapa tips motivasi yang diajarkan oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah bagi merangsang kecemerlangan diri saya.
Di bawah ini adalah senarai 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat :
1. Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.
2. Kunci kemenangan adalah sabar.
3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur.
4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa.
5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa.
6. Kunci maksiat adalah kesombongan.
7. Kunci solat adalah taharah.
8. Kunci ibadah haji adalah ihram.
9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar.
10. Kunci syurga adalah tauhid.

Monday 16 June 2014

:: jangan berdendam, kemaafan itu kekuatan::

CREDIT TO : MRTHEALLSHARED

"Maafkanlah mereka dan biarkan mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik"  (al -maa'idah :13 )

Memaafkan apabila marah menjadi pilihan dan jangan berdendam.
Tidak salah untuk marah namun harus kena pada tempatnya. Namun kita kena ingat marah itu haruslah dikawal  dan marah yang masih boleh diterima. Bahkan Rasulullah juga pernah marah. Namun ia ditunjuk dengan berdiam. Jika kita tidak mengawal marah kita akhirnya ia akan menjadi dendam dan akhirnya sifat ingin membalas perbuatan yang dilakukan.  Rasulullah ada memberi nasihat apabila salah seorang daripada kamu marah dalam keadaan berdiri maka hendaklah dia duduk. Kalu marahnya belum hilang maka hendaklah dia berbaring. (riwayat ahmad)
Proses memaafkan ini bermula dari diri sendiri kerana dalam setiap apa jua tindakan pun harus dimulai oleh diri kita , kerana kita yang mengawal minda dan hati kita setelah itu barulah kita memaafkan orang lain. Proses memaafkan ini adalah proses yang pertama kemudian proses melupakan. Proses melupakan ini yang kadang kala susah dilakukan kerana ianya memerlukan masa bagi melupakan sesuatu perkara dan ia terjadi secara perlahan-lahan. Kita mudah meninggalkan proses melupakan sebab itu terjadinya dendam. Oleh itu kita harus sentiasa muhasabah diri kita dan sentiasa memaafkan orang lain. Apabila hati penuh dengan dendam dan benci tiada sifat kemaafan tiada yang seronok dan gembira dalam diri kita. Ya, memaafkan memang susah namun kita harus ingat kadang-kadang kita ta silap dari salah dan Allah S.W.T sendiri mengampunkan hambanNya takkan kita tidak mahu memaafkan salah orang lain.
Bukan sahaja kena memaafkan kita juga haruslah pandai meminta maaf andai tahu salah kita. Ingat, lapangkan dada tenangkan hati dan kawal minda agar sentiasa positif.