Assalamualaikum..
Adakah
kita berhak?
Kenapa
saya menulis entry pasal ni? Ok, kisahnya bermula semasa saya solat berjemaah
di salah sebuah surau di Malaysia , apa yang terjadi? Pergerakan imam terlalu
laju sehinggakan makmum dibelakang tidak terkejar. Kitaorang yang dekat
belakang ni semput , terus tak khusuk. Dalam ketidak khusukan tu saya terfikir
dimana hak kami sebagai jemaah , sebagai makmum untuk solat dengan tenang?
Secara khusuk? Mana perginya hak dalam solat , khusuk dan tomakninah . Apabila jadi
begini tomakninah dan khusuk kami kemana
dan kami kemana.
And,
actually sorry dekat korang entry ni bukan pasal imam or solat or ape. Just nak bagi korang fikir sekejap
untuk mukadimah ni. Peace . Ok, entry yang sebenar saya nak menceritakan
tentang HAK . Dimana nak bagi korang berfikir apa yang berlaku.
Setiap
insan kat dunia ni ada hak dia even makhluk Allah yang lain pun ada haknya .
Bukan tu je, Allah menciptakan manusia ni dengan tanggungjawab dan akal
fikiran. Antara tanggunjawab kita kat dunia ialah memberikan hak kepada yang
berhak. Tidak kira hak kepada insan lain mahupun makhluk selainnya. Sebab,
kadang-kadang dengan memberikan hak kepada
sesuatu ianya akan bagi benefits balik kat kita. Sebagai contoh, tanah
apabila kita berbudi pada tanah akhirnya ianya akan memberi hasil kepada kita.
Bukan tu sahaja, dengan adanya pokok dan tumbuh-tumbuhan kita dapat makanan dan
oksigen.
Tapi
kita kena ingat tiada pemberi hak yang lebih adil melainkan Allah S.W.T. Tapi,
adakah amalan kita setanding dengan rahmat yang Allah beri? Allah tetap memberi
dan terus memberi tanpa meminta balasan tapi apa yang kita buat? Apa balasan
kita?
Sedar
la wahai sahabat. Yes, memang Allah ta perlukan balasan malah kalau
kita meminta banyak sekalipun dia akan memberi kerana dia suka dan
sayang jika
kita meminta padaNya. Hal ini jelas dinyatakan didalam surah al-Ghafir
ayat 60 “
Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang
yang
sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan
hina dina”
Nampak kan? Dan kadang-kadang kita ni hanya cari dan memohon pada Allah
waktu
kita susah sahaja namun perkara ini harus dibetulkan. Kerana apa? Kerana
takut
kita tergolong dalam orang-orang yang tidak bersyukur hanya meminta bila
perlu. Macam mana kalau satu hari Allah ambik balik hak kita,
kesenangan yang Allah dah bagi kat kita? Sebab itu kita sebagai hambaNya
kena sentiasa bersyukur dan sentiasa berusaha agar kita melakukan
segala amalan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah.
CREDIT TO : MRTHEALLSHARED (Y)
No comments:
Post a Comment